Tips Padu Padan Warna Busana untuk Wanita




Setiap wanita dilahirkan sempurna, bergantung kepada cara anda melihat diri sendiri. Selain itu, anda juga harus bijak memilih baju wanita yang sesuai dengan potongan badan. Setiap helai baju wanita yang disarung ke tubuh badan memberikan impak yang berlainan. Oleh itu, pemilihan baju wanita yang tepat membantu menyerlahkan penampilan supaya tubuh badan terlihat sempurna pada pandangan mata. Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan agar baju wanita yang dikenakan terlihat serasi dengan bentuk badan. Panduan berikut mungkin berguna untuk penampilan anda.
Pemilihan warna baju wanita

baju wanita
Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan baju wanita ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna baju wanita yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.

1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.
2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.
3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.
4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk baju wanita anda.

Jangan Lupa :
Menyesuaikan warna baju wanita dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah baju wanita yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih baju wanita yang berwarna terang.

Jangan sesekali :
Nekad menggunakan pakaian wanita yang berwarna terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan baju wanita yang berwarna merah jambu terang. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah dan kelihatan hodoh! Selain itu, anda juga tidak boleh mengenakan aksesori dari rambut hingga kaki yang warnanya tidak senada dengan warna baju wanita yang dikenakan.(sumber:tokofashionku.com)

0 komentar:

Poskan Komentar